Friendly Strangers

Saturday, December 5, 2009

Mangsa langgar lari terkini.

Holiaww and Nanite.


Wa ada pamili bahagiak :D Alamak , pengaluh semalam masih berleluasa dalam ini otakk maaa . Haiyaa ;p

Aku nak mengutarakan persoalan yang memang da lama berpusing pusing jelajah kat kotak pikiran aku neh . Aku pelik gilos , asal aku lalu sini , nampak dia . Aku lalu situ , nampak dia gak . Pepagi nak g scola ngan mama , nampak dia gak . Pagi tadi baru balik sarapan kat luar pun , nampak dia lagi !

 Apa nehhh ?! Lagi lagi dorg ditemui oleh aku , dalam keadaan yang sgt2 menyayat hati .

Aku pelik . Nape takda satu pun wakil2 media elektronik mahupun media cetak , beranikan diri and utarakan pasal kes neh . Aku bukan apa , da makin berleluasa tau takk . Aku pun taktahan nak tahan sebak yang sememangnye takboleh nak tahan lagi . Dorang selalu jadi mangsa kita semua . Da tuh , dibiarkan macam tuh je tesadai kat tepi tepi jalan .

Tanpa ada sorang pun yg sanggup menghulurkan bantuan :(

Apatah lagi aku ?! Aku yang hanya manusia comel yang biasa , mampu menatap ngan perasaan sedih and menggelikan apabila melihat sekujur tubuh kaku mereka yang digilis oleh kerete . Kepala hancur , isi perut terkeluar , darah memercik mercik ! Ya Allah ! Sesungguhnya engkau telah mentakdirkan mereka yang bertemu ajalmu dengan kereta ?

Mereka mangsa langgar lari :(

Tikus . Oh tikus . Walaupun kau jijik di mata kami kerana kau dilabelkan sebagai haiwan perosak , tapi aku sebagai manusia prihatin , sedih gak ngan kau weyy . Pagi tadi laa paleng kesian . depan mata aku weyyy kau telentang . Kepala kau hancur , tapi mata kau masih selamat . Perut kauu terburai , tapi kulit kau maintain kenyal . Daging kau terseret , darah memercik2 , tapi ekor kau still panjang terbentuk . Sian kau weyy ,

Napelahh manusia zaman skang nehh ! Aku sian kat tikus2 nehh . Seringkali jadi mangsa langgar lari . Korang da langgar then gilis tuh , benti lah kejup kat tepi jalan . Tanam beliau . Sian auwwww . Da laa bangkai dia terdedah gitu jee . Kau bukan nak tutup aib dia .

Haishhhhhhh ! Pantang betul aku . Haha , over en :p

Antara kucing ngan tikus , tikus aaa paling banyak kes yang aku dapat . Aku cam sedih laa . Kata amalkan 1 Malaysia . Neh , ape kesss ? Tikus tuh pun warganegara Malaysia gakk . Dari lahir dia menetap kat sini . Takkan laahh ada tikus PATI gak . Susa betul lahh . Elak nanti golongan tikus wat tunjuk prasaan jelah kann . Takdapat perhatian lebih .


p/s : Peh , ngan tikus pun jadi aku nehh = = . Takpe , bukti kemanusiaan . Haha ;p


p/s/s : Aku sebenonye mood takbape okay . So , aku wat2 la post belog neh ha .


p/s/s/s : Aku serbe salah . Camne nak kasi ilang rase sebe salah ?



Dont make me upset,
Chaa.

No comments: