Maaf dah lame sangat saya tak main "dear"2 dengan awak. Ala, janganlah sedih. Saya pon nga sedih neh. Nak mengadu nasib. Bacelah bacelahhh! Taknak bace, saya bakar boxer awak. Haa, jangan main-main. Saya jahat. Saya gila bakar boxer neh. Okay, lupakan.
Sebenarnyekan awak. Saya tengah tension neh. Saya pon taktahu nak buat macam mane lagi da neh. Nak menjerit kang ada orang pukul maki hamun. Nak berguling-guling dalam bilik, kang roommates pikir lain. Nak menangis, tak terkeluar air mata mahal neh. Nak menjerit, kang orang ingat saya gila.
Entahlah wak. Saya rasa macam saya kesuntukkan masa sangat-sangat. Kesuntukkan masa mengalahkan orang kahwin last minute. Haa, betape dahsyatnye. Ape? Tak dahsyat langsung? Takguna punya awak. Berani awak berfikiran sebegitu! Saya upkan lagi hukuman, saya bakar sekali singlet awak. LANTAK!
Okay, lepas tuh kan awak saya rasa macam ada je yang tak kena. Saya rasa macam taknak tidur langsung. Saya rasa macam taknak makan. And saya rasa macam nak duduk dekat bilik saya 24/7. Nak lepak dekat studio 48/14. Haa, hebat tak hebat tak?
Macam yang awak bace. Rasa macam nak maki hamun saya je kan? Yelah, tah pape punya masalah. Budak 2 tahun pon lagi berat masalah dia. Setakat masalah saya neh, apelah sangat bagi awak kan awak kan? Ketip ketiak pon tak sakitlah. Tapi kan awakk, hati saya tak sakit. Otak je yang sakit. Haha.
Rasa sekarang macam nak pergi Marina Island. Pedulik hape sorang-sorang ke, dengan beruk-beruk dekat Taman Paya Bakau tuh ke. Saya tak heran. Asal saya dapat release tension. Kalau ikut sifat saya sejak dalam perut comel mak saya kan awak, saya neh baik orangnye. Suka mendirikan masjid. erk? =.= Takk, saya mengarut je tuh. Pukul muka awak cepat!
Jadi, saya nak mintak maaf. Saya tak dapat nak balik minggu neh. Saya tahu awak rindu sangat dekat saya. Orang kalau sakit rindu, badan jadi kurus kering kontang kanting, tapi awak pulak, makin membesar je saya tengok. Betul ke tak awak rindu kat saya neh? Awak jangan nak memperbodohbangangkan saya.
Saya kekurangan masa, tenaga and idea sekarang neh. Saya taktau nak mengadu dekat sape. Sebab semua kawan saya kan awak, face dengan masalah yang sama. Takkan saya nak mengadu dekat pakcik keje kat Uptown tuh kot. Takpelah, saya pendam jelah. Baru hardcore. Okaylah awak. Nanti saya bluetooth surat neh dekat awak ea? Babai. Jaga diri. Jangan rindu saya. Kalau rindu, siap awak saya patah-patahkan bulu dada awak. Bai!
This is the only picture of you that I have on my new laptop :( This picture was taken at 2008 tahu. Kurus lagi awak time neh. Sekarang da gemuk gedempol gelebeh sebab da sunat. Yelah,awak da tak rindu dekat saya. Saya je yang separuh nyawa rindu dekat awak. Foine.

2 comments:
Sebak saya bace post awak yang ni. sy dapat rasakan wak . serius ! hehe. rindu comel ye ? nanti teha mms kat die blog ni k ? :D
sedih aku baca . mula mula aku kasihan dekat diri kau . last last, aku sendiri kesian dekat diri sendiri baca entri neh . -.-
Post a Comment